Saturday, April 23, 2016

5 ORGAN DETOX SEMULAJADI INI MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK TERUS BERFUNGSI

DEFINISI DETOX

Detox adalah satu proses pembersihan untuk mengelurkan segala sisa kotoran dan racun dari dalam badan kita yang kita ambil secara sengaja atau tidak sengaja.

Secara sengaja

bermaksud segala jenis ubat-ubatan yang mempunyai pengaruh dadah dan kimia yang tinggi .

Tidak sengaja

bermaksud diambil secara tidak kita tahu contoh dari sayur-sayuran ,air dan sebagainya.

KITA MEMERLUKAN DETOX BAGI MEMPEROLEHI

Tenaga
 memulihkan tenaga dalaman agar kita tidak cepat lesu dan lemah .

Kulit
detok mampu merawat kulit agar kelihatan cerah berseri tanpa kesan cela.Begitu juga dengan mereka yang mengalami masalah jerawat dan jeragat detox mampu membantu mengurangkan masalah berkenaan.

Pemikiran
mampu membantu mengasah pemikiran kita agar sentiasa fokus dalam apa jua kerja yang kita lakukan.

Nafas  Segar
Nafas berbau juga punca utama badan kita mengalami toksin yang tinggi ,ramai di antara kita berangapan apabila nafas berbau ianya berkait rapat dengan resedung namun tanpa kita sedar toksin yang ada ditubuh telah merangsang penyakit seredung kita secara tak lansung.

Penghadaman
Mempunyai penghadaman yang sihat mempengaruhi aktiviti seharian kita,jika kita mempunyai penghadaman yang teratur kehidupan kita akan cergas  kerana tiada masalah perut buncit ,sakit kepala  gatal-gatal pada kulit dan macam-macam lagi dan tahukan kita bahawa toksin yang paling tinggi didalam badan adalah di salur penghadaman kita.

ORGAN BADAN YANG MELAKUKAN DETOX SECARA SEMULAJADI

kolon

Kolon adalah bahgian dari usus besar , terletak di antara sekum dan rektum, dan terutama berkaitan dengan penyimpanan dan penghapusan bahan limbah, pemeliharaan keseimbangan air dalam tubuh dan penyerapan beberapa vitamin penting dan elektrolit.


Sistem Limfa


Merupakan satu sistem yang penting yang berperanan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Fungsi utama sistem limfa ini adalah untuk membantu tubuh kita menghapuskan toksin, memberikan nutrien, melawan jangkitan virus dan bakteria, dan menjalankan fungsi "detoxification" kepada tubuh badan daripada sel - sel kanser , bahan - bahan buangan dan logam berat.

Hati

Hati manusia adalah organ yang memiliki banyak fungsi  dalam tubuh. Hati adalah sebahagian dari sistem pencernaan, dan bekerja untuk segala sesuatu dari produksi kolesterol untuk penyaringan limbah. Hati juga sangat penting untuk kesihatan secara keseluruhan dan harus dijaga untuk menghindari penyakit yang kronik dapat berkembang sekiranya hati menjadi terlalu banyak bekerja atau tidak sihat.
Hati juga bertanggung jawab untuk memproduksi zat yang akan memecah lemak dan lipid, membuat makanan lebih mudah dicerna. Hati juga menghasilkan beberapa asam amino, yang penting untuk produksi protein, tanpa hati tubuh tidak bisa berfungsi.
Buah Pingang

Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).

Kulit

Kulit manusia terdiri atas epidermis, dermis, dan hipodermis. Kulit berfungsi sebagai alat ekskresi karena adanya kelenjar keringat (kelenjar sudorifera) yang terletak di lapisan dermis.
cara kulit membantu melakukan detox adalah mengelurkan peluh.






P/S : WALAUPUN organ badan kita telah melakukan detox dengan sendiri , kita masih perlu mengikuti  program detox kerana organ-organ badan kita kadang kala tidak mampu menampung atau menangung kesan chemical dan asid yang hadir dalam badan kita secara sengaja mahupun tidak sengaja kesimpulannyaa kita perlu membantu sistem tubuh untuk mencapai tahap kesihatan yang memuaskan.

0 comments:

Post a Comment